Mom To Be Soon..!

pregnancy




Monday, June 30, 2014

Bersawang weiiiii!
 
Assalamualaikum..
MasyaAllah last post MAC 2013?? bapak segala malas nak update blog sendiri..
maafkan lah saya. Maka kenalah start balik.entah ada lagi yang sudi baca ke tak pun tak tahu lah..heeee! hmmmm looks like ada something gud news to share with everyone yang sudi jenguk blog saya yang bersawang ni.
tunggguuu eh!
nanti jumpe lagi tau..Oh ye by the way Selamat Berpuasa ye kepada semua umat islam..
Semoga kita semua dapat pahala berlipat ganda.InsyaAllah..
Amin.. 
 
till end.
babai.

Friday, March 8, 2013

Istimewa Buat Bakal IBU..Juga Buat Diri Sendiri

Assalamualaikum..hai uollsss!!
Salam Jumaat..
Meh nak share sikit dengan korang
Panduan Mudah Kenali Tanda Nak Bersalin..#Neves ok!# (>_<)

Anda perlu berhati-hati terutama kehamilan melepasi usia 38 minggu. Walau bagaimanapun , pengalaman sakit bersalin dialami adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain.

<!--[if !supportLists]-->1.       <!--[endif]-->Sakit Belakang
Sakit ini semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

<!--[if !supportLists]-->2.       <!--[endif]-->Kontraksi Rahim
Jika kontraksi yand dialami berlaku setiap lima minit dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan semakin kerap, segera bergegas ke hospital. Braxton Hicks tidak sama dengan konstraksi sebenar. Ia kurang menyakitkan, tidak teratur dan lama-kelamaan akan hilang sendiri.

<!--[if !supportLists]-->3.       <!--[endif]-->Bloody Show
Terdapat segelintir wanita yang mengalami tand  berupa Lendir Pekat bercampur darah keluar dari faraj.  Perlu di ketahui apabila lendir ini keluar, ia bererti bayi sudah bersedia untuk bergerak ke salur peranakan.

<!--[if !supportLists]-->4.       <!--[endif]-->Pecah Ketuban
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada lelehan air yang keluar daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna.

<!--[if !supportLists]-->5.       <!--[endif]-->Serviks Terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal Rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Hanya doctor yang berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.  Pembukaan di pangkal Rahim dapat dikesan dengan skala 1sm hingga 10sm.

<!--[if !supportLists]-->6.       <!--[endif]-->Perut Memulas
Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana kerap ke tandas kerana ingin membuang air besar. Anda dinasihatkan agar berhati-hati dan prihatin dengan tanda seperti ini kerana dikhuatiri timbul kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.

<!--[if !supportLists]-->7.       <!--[endif]-->Perut “turun”
Perut anda akan kelihatan membuncit di bahagian bawah , manakala bahagian atas terasa ringan dan kosong.

<!--[if !supportLists]-->8.       <!--[endif]-->Kerap Membuang Air Kecil
Ini kerana bayi sudah mula bergerak ke bawah  dan memberi tekanan kepada pundi kencing.

Walaupun tanda-tanda yang dinyatakan merupakan petanda awal bersalin, namu anda perlu segera ke hospital jika mengesyaki bayi kurang bergerak. Di khuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam tempoh 12 jam, bayi perlu bergerak sekurang-kurangnya 10 kali. Jika tiba-tiba anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.
5 rawatan kecantikan perlu di elak
<!--[if !supportLists]-->1.       <!--[endif]-->Pedicure & manicure
<!--[if !supportLists]-->2.       <!--[endif]-->Cucian Muka
<!--[if !supportLists]-->3.       <!--[endif]-->Warna Rambut
<!--[if !supportLists]-->4.       <!--[endif]-->Krim Pemutih
<!--[if !supportLists]-->5.       <!--[endif]-->Ubat Jerawat

Kajian menunjukkan bahawa meminum kopi secara sederhana TIDAK menganggu bayi dalam kandungan. Jika kopi yang mempunyai kafein,  hendaklah berpada-pada. Secawan kopi (100mg kafein), didapati selamat bagi ibu hamil.
Till end!! daaa!!



Thursday, February 14, 2013

Doa Ketika Mengandung

Assalamualaikum & hai uolsss!!

Hari ni saya nak kongsi doa ketika mengandung..ibu hamil kat luar sana jom amal sama-sama ok..dibaca setiap kali lepas solat..

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".

till end..daaa!!


Monday, February 4, 2013

Keagungan,Kebesaran Tuhan


Assalamualaikum..hai uollss!

Sesungguhnya apa yang aku rasakan sekarang ni satu nikmat satu anugerah yang
amat sangat berharga dari Dia..punya peluang merasai satu lagi nyawa dalam badan sendiri
seperti tidak percaya.kami berkongsi segalanya..suka duka sedih gembira..kesakitan aku semua kami kongsi.Kekadang bila terasa sangat down,terus usap perot mintak maaf kat baby sebab buat dia down sama.bukan niat ibu sayang..;'( Alhamdulillah aku diberi peluang merasai janin yang sudah mula aktif dalam perot..dalam usia kandungan hampir 27 minggu, baby semakin aktif.
Tidak seperti dulu aku hanya merasakan seperti denyutan seperti jari dicucuk cucuk dari dalam..
bercampur pula dengan perasaan risau sebab rasa macam lambatnye ibu boleh rasa tendangan baby.nak tengok kaki baby..tangan baby..siku baby..
Sekarang tidak lagi..aku,suami sama-sama merasai kenikmatan tu semua..Syukur Ya Allah..
Syukur juga punya suami yang tersangatlah mengambil berat tentang kami..
Aku yakin suami aku boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak kami nanti..
Sebelum ni bila rasa je baby bergerak perasaan ingin berkongsi dengan suami membuak buak.
ingin sekali dia merasakan juga gerakan tersebut.tapi baru je nak bukak mulut,baby dah diam dh..
Ok! fine! anak ibu sombong xnak sembang dengan ayah..Tapi semalam hari ini dalam sejarah..
kalau ade diari tu nak je tulis dalam diari..hihi! jam 2pagi suami xtido lagi sebab sangat la buzy
dia tu dok melayan game.aku pun sama xdapat lelapkn mata..sebab terasa teramat lah panas.
mata je pejam tapi hakikatnya xboleh nak tido pun..dalam masa yang sama,
suami mainkan Surah Luqman kat tab.Start je surah tu,seperti satu keajaiban datang.
Baby yang pada mulanye aku rasa sedang tido dengan nyenyaknya terus aktif..aktif sangat.
Ya Allah begitu besar kekuasaanMU. agaknye baby seronok dengar alunan Al Quran.
tapi aku pejamkan je mata membiarkan dia berenang di dalam sana.
Tapi tidak bagi suami.punyelah eksited dia sorang ni.sebabnye sebelum ni baby xnak diajak bersembang.jenuh juga ayah dia pujuk nak bersembang..Suami layankan aje gerakan baby.
dia ikutkan je mana tempat yang beralun..lepas tu dia cakap dengan aku
''sayang baby cakap dengan abang la''
sambil senyum2..suami tekupkan je telinga dia kat perot.sambil bercakap-cakap membisikkan sesuatu pada baby hingga membuatkan airmata ku mengalir..Ya Allah terima kasih mengurniakan aku seorang suami yang sangat bertanggungjawab,memahami,mengambil berat,menyayangi dan banyak lagi lah! 
Seronok melihat suami melayan baby..
hinggalah suami tertido..

Ok cukup setakat itu dulu ye! nanti sembang lagi..dah nak kemas nak balik rumah..
ibu harap anak ibu sihat-sihat je tau!
Ya Allah Ya Tuhanku permudahkanlah urusan aku bersalin nanti..
Amin Amin Amin..

Till End..daa!!

Tuesday, January 29, 2013

Kerisauan Melanda Hati Kami..(>_'<)

Assalamualaikum..hai uollsss!!

"Wahai ALLAH yang membalikkan keadaan, balikkanlah semula keadaan itu. Wahai ALLAH yang membalikkan hati, balikkanlah semula hati itu"

Kaedahnya:
Sebelum doa, niatkan supaya posisi bayi anda berada dalam keadaan normal. Letakkan tangan anda diatas perut dan bacakanlah doa tersebut.


Antara amalan yang lain yang boleh dilakukan isteri.
1. Baca surah Yassin sebelum tidur.
2. Selepas ayat kun fayaakun, berhenti dan berdoalah seikhlas hati.



Bergantunglah anda pada Tuhan. Yakinlah akan pertolongannya. InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah DIA akan membantumu.

Lamanya la hai xupdate blog..MasyaAllah kemalasan melanda sangat-sangat..Kandungan sekarang dah masuk 25minggu & 4hari..Alhamdulillah..cuma terasa sedikit penat je..biase la agaknya tu kan sebab baby pun makin membesar..xpe sayang..janji kamu sihat..Semalam suami bawak pegi Klinik Jameaton kat Seri Kembangan nak scan baby..sangat la baek Dr Jameaton tu.sangat la eksited suami saya tu pulak nak tau gender baby..bukannye ape..scan kat kilinik gomen xnampak..ha sekali ambik ko!! memang dia tunjuk je..TAPI..yang menjadi kerisauan di hati kami bakal ibu dengan ayah ni adalah kepala baby kat atas..maka maknanya songsang..Ya Allah takut sangat..risau sangat..tapi doktor dah cakap baby akan berpusing lagi tu..hope so..family kat kampung pun dh mula risau dah..kalau dok kampung ni dah bole mintak bidan kampung urutkan..dari semalam sampai hari ni xberhenti berdoa xberhenti pujuk baby mintak dia berpusing..

Doa di atas adalah doa bayi songsang..mintak tolong dengan Encik Google..Semoga keajaiban akan berlaku nanti..InsyaAllah..kawan-kawan plezzzz doakan kami ye..

Mari layan gambar :-)
Camwhoring sepanjang pregnant..!








Makin hari makin tembammmmm..!

Tuesday, December 11, 2012

18 Minggu 4 Hari

Assalamualaikum..hai ollsss!!


taraaaaa!!! kejap je rasa dah 4bulan dah usia kandungan..
Alhamdulillah..syukur..



till end..babai!!

Tuesday, October 9, 2012

9Minggu & 3Hari

Assalamualaikum..

Alhamdulillh usia saya dalam rahim ibu saya dh 9Minggu 3Hari..tapi semalam ibu saya mengalami masalah yang membuatkan ibu saya menangis fikirkn saya..Cian ibu saya..Semalam ibu saya bleeding..terus pegi L&D PBBR tp Doc ✗de..So ibu saya pegi L&D HPJ dengan bantuan kakak yang baik hati,Kak Nad..TнǺηk ♈☺u tau.sayang akak! Ibu saya dibawa berjumpe Doktor Emily Christine D'Silva..Doc tu sangat friendly..Doc tanye ibu saya bila last period,tarikh kawen,tarikh cek Upt & sejarah family kot ade penyakit ape-ape..Then Doc suruh ibu saya buang air kecil & nanti terus bukak pentis.Opssss!! Dah mula terbayang ape yg doc nak buat..So baring la ibu saya..Doc telah melakukan kerje dia..siap kena jolok bagai!! Wehuuuu! Omaigod malu ok!! #tutupmukalajulaju# Doc kata ade warna brown kat dalam tu.tapi sikit je..Doc scan..dalam hati ibu saya ✗berenti berdoa moga saya ✗pape AND masyaAllah maha suci Allah ibu saya bole tengok jantung saya berkelip2 kat skrin tu..اَلْحَمْدُلِلّهِ saya ✗pape..Doc cakap ibu saya terkena ancaman..perubahan hormon pun ye..Doc bagi ibu saya ubat kuatkan rahim,Dupbaston..kena habiskan dalam masa 2minggu..banyak kegunaan ubat ni.nanti korang google ok! AND ibu saya juga dapat mc 2hari..Doc bagi ibu saya rest sebelum BERCUTI.yahuuu!! Ok itu jek crita dari ibu saya..korang sume doakan saya dengan ibu saya ye..=^.^=
@};---


Till end..babai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone