Mom To Be Soon..!

pregnancy




Monday, July 30, 2012

Doa Seorang Isteri

Assalamualaikum..hai olsss..


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat.
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.
Kau berikanlah aku kekuatan mental.
Kau karuniakanlah aku dengan sifat keridhaan.
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cobaan Mu.
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arsh.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu.
Kurniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu.
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu.
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala keanekaragamnya.

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala takdirMu.
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya.
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan.
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
 Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbingan Mu.
Aku cacat tanpa hidayah MuAku hina tanpa Rahmat Mu.

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cobaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku mohon segala harapan.
Karena aku pasrah dengan takdirMu.
Karena aku sadar hinanya aku.
Karena aku insan lemah yang kerap keliru.
Karena aku lalai dengan keindahan duniaMu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi ujian Mu
Karena pendek akal ku mengarungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.
Isteri yang dikasihi.
Isteri yang solehah.
Isteri yang senantiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin..

p/s - Alhamdulillah hari ni 30/07/2012 genap sebulan kami sebagai suami isteri..rasa macam baru je lagi majlis.semoga ikatan kami kekal selamanya..titipkan lah kemesraan antara kami..hindari lah hatiku dari berpaling dari suamiku..Amin..

Friday, July 27, 2012

Malaysia vs Arsenal di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..hai ollss!!
Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan yang ke_7.
Masih sempurna ibadah puasa saya untuk hari yang ke_7..InsyaAllah.
Oh ye! ada sesiapa tengok perlawanan bola antara Malaysia vs Arsenal x?
saya pun xsure la live channel mana S E B A B saya pergi tengok kat stadium dengan suami.
(hehe dengan bangganya!) Ape yang xbangganye,kami dapat tiket free kot..tapi takde la kami dapt grand stand punya.yang biase je.tu pun dah syukur Alhamdulillah.
siapa la yang sangat la baik hatinya bagi kami tiket free tu kan?huhu its my BIL, Abang I..
tenkiu so much Abang I!! nanti nak lagi tau. Kami dapat 4 tiket..Lagi 2 tiket suami saya bagi kat adik dia laki bini. Rasanya dorang tak pegi kot.ye la adik ipar saya tu tengah sarat dah..
Ok! Jam 9.30 pm game start. Selesai je berbuka puasa,mandi,solat mghrib terus bersiap.
Suami saya dah bising2 dah..ye la biase perempuan ni bila bersiap ambik masa sikit.
sikit je pun..actually 1st time ni pegi tgk game bola kt Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tak sangka bila dah kawen ni ade lagi peluang mcm tu..
ape yg pnting??pegi dengan suami..












Semua gambar di atas adalah camwhoring semata..al maklumlah pegi berdua je.
.tu yang makin menjadi tu.hehe! Banyaknye la sit kosong kan?mana tak nya..
Orang negara kter ni ramai sangat yang sokong Arsenal..hmmm ape bole buat.
ape pn kami tetap sokong Malaysia tanah airku. Dari atas nampak macam semut je dorang merayap2 kat bawah tu..tapi suami saya tiap kali nak score je mesti dia sebut nama sekali.sampaikan saya tanya ''abang nampak ke sape yang nak score tu?''
dia cakap
''tengok nombor sayang''..
hehe! kalau aku tengok nombor pun lom tentu lagi tau sape.
sayangnye Malaysia tak menang..Kalah 2-1 dengan Arsenal..
Dah cantik dah dorang main tetapi bila dah tukar-tukar player,game dah jadi tak best..
tapi tak pe! korang memang dh buat yg terbaek dah.

till end..babai!










Sunday, July 22, 2012

30 Jun 2012..Yahuuuu!! Dapat Title PUAN..^.^

Assalamualaikum..hai uolsss!!

Syukur Alhamdulillah janji telah terikat untuk sehidup dan semati..
hari ni genap 3minggu dan 1hari kami bergelar suami isteri.
Perasaan?harus lah seronok..tidak tergambar perasaan sebak bila si suami melafazkan akad..
memang rasa lain sangat bila kami dah 'SAH'..1 hubungan yang menghalalkan antara kami..

Suami saya pelengkap saya..terima kasih abang..hug!!

Till end babai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ramadhan Penuh Keberkatan..Marhaban Ya Ramadhan..

Assalamualaikum..hai ollsss!!

Alhamdulillah Ramadhan dtg lagi..
bersyukur kehadratnye kerana masih lagi berpeluang menyambut ramadhan pada tahun ni..
bulan suci yang penuh kemuliaan..Kepada sume sahabat, kawan-kawan,saudara mara,
ma abah adik beradik, suami, saya mohon dibukakan pintu kemaafan atas segala kesalahan saya ye..
samada secara sengaja atau tidak sengaja..
Tahun ni menyambut Ramadhan bukan lagi dengan status single tapi ''Yes I Do..''
hehe i'm married sudah..Alhamdulillah dapat sambut Ramadhan dengan suami..tahun pertama sambut ramadhan sebagai isteri.eksited!!
Mesti hari-hari kepala ni dok pikiaq juadah bersahur & berbuka.
kalau dulu masa single bangun sahur minum air makan roti pun dah ok..kini??heee tak boleh dah..
Suami saya cakap sahur ngn nasi+ayam goreng+sambal kicap pun dah ok..
sambal kicap wajib! memang dah standby sambal kicap dalam peti ais.
Alhamdulillah suami saya bukan jenis yang cerewet. Sebab tu la my mom suka dia..
makan x memilih langsung.Lucky to hav you sayang..Cumanya nak bangun sahur tu bukan main liat lagi..sambil mkn pun mata bole lelap.acaner tu..huhu!
Semoga kami berdua dapat sama-sama menyempurnakan Ramadhan tahun ni..
InsyaAllah..

Jangan lupa niat puasa tau..!

till end..babai!