Mom To Be Soon..!

pregnancy




Tuesday, September 18, 2012

Indahnye AnugerahMU Ya Allah

Assalamualaikum..hai olsss!!
 
Kali ni nak share dengan korang semua 6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim..Good info dari FB Senang Hamil..Nanti senang-senang korang search ok!!
 
 
 
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahya...
ng terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.
 
Indahnye kan Anugerah yang Allah bagi..
 
till end..babai..


Saturday, September 15, 2012

UPT is P O S I T I F ^____^

Assalamualaikum..hai uolss!!

Hepy weekend!! wahhhh rajin sunggoh menggedik update blog di hari minggu cmni..hehe! kalau x disebabkan oleh oncall & berada di ofis, xdenya rajin-rajin nak update blog bagai..koranggggg!! nampak x tajuk besar-besar saya letak tu..heee! UPT is P O S I T I F!! yes!! P O S I T I F..dan itu bermakna i'm pregnant dan bakal bergelar seorang ibu..Alhamdulillah..DIA maha mendengar doa kami suamiisteri..Hari ni 15/09/2012 genaplah 2bulan 15hari kami bgelar suami isteri yang sah di sisi Dia..Syukur! Perkahwinan itu sangat indah..bila dah pregnant,its MORE indah..Kenape?SEBAB saya telah menggunakan perkataan 'BABY' bila nak mintak ape-ape dari suami..''Sayang baby nak  ni..sayang baby nak tu''..;-) suami pun nampak dia punye more perhatian.bukan nak cakap sebelum ni perhatian tu sedikit tapi..entah la..lain sangat la rasa layanan suami bila tau isteri dia ni pregnant.xmo bebel mak nenek..jom tengok eksperimen UPT..sebelum tu tenkiu so much kepada blogger K'Nadiya Rasidoun kerana bagi saya UPT banyak-banyak ye..loveyou!
First eksperimen..Time ni memang eksited giler nak test sebabnye peot saya lewat..lepas kawen 30/6/2012,bulan 7 saya xpeot langsung..time tu kan puasa kan..tiap kali berbuka & tiap kali bersahur,mesti saya akan muntah.dalam hati memang dah berangan la..''aku dah pregnant kot''.ye la mana la tau bunting pelamin ke..Jadik pada 28/07/2012 saya buat la ujian UPT ni..hasilnye adalah seperti di atas..NEGATIF..sedikit kecewa..tapi xpe lah..belom ade rezeki lagi..& pada 01/08/2012 barulah saya peot.betol la orang cakap lepas kawen ni hormon larik!! xterkejar..hehe!

Eksperimen kedua: Pada bulan 9 tahun 2012 peot saya lewat lagi..haih!! hormon xstabil lagi ke ni?pada hari ke_6 lewat peot,saya ambik keputusan nak test UPT..masa tu 06/09/2012.padahal baru 6 hari je pon lewat.almaklumlah UPT kan banyak..suami lak xde time tu..suamiku berkursus..huwaaaa!! kursus sokmo pokcik. Dalam 5minit macam tu tunggu line tu keluar..mula-mula dah keluar 1 line..1 lagi line macam xde..Tapi subhanallah maha suci Allah keluar lagi 1 line walaupun line kedua xsepekat line pertama..POSITIF! mengalir airmata ni..seperti tidak percaya..betol ke?betol ke?terus laju-laju sms suami bagitau dia balik cepat sikit ade something nak bagitau..Tapi suami saya seperti dapat mengagak sebab saya dah pun bagitau dia peot saya lewat..wehuuuu!!!

Eksperimen ketiga :pada hari yang sama..5 minit selepas buat ujian pertama pada 06/09/2012,buat lagi 1 ujian..& ternyata POSITIF. tapi dalam hati nak jugak tunggu 2week..sebab dah tanya Mr Google dia cakap seeloknya 2week xpeot baru cek.

Eksperimen keempat: 10/09/2012 cek lagi sebab lambat sangat la nak tunggu cukup 2week..saya memang dah xsabar.hehe! dan hasilnye masih lagi sama..POSITIF..kedua-dua line lak laju je keluar..tidak seperti eksperimen sebelum walaupun positif tapi line kedua lambat sikit keluar.

& seperti biasa nak jugak cek dua kali dalam masa yang sama..UPT banyak ok!! sama juga..masih POSITIF..

Eksperimen kelima: 14/09/2012 hari yang ditunggu-tunggu..cukup 2weeks xmai peot..maka eksperimen pun dibuat la pada awal-awal pagi sebelum mandi nak pegi keje..& Alhamdulillah ujian masih POSITIF.terus ajak suami pegi cek kat klinik lak..& ''Tahniah..puan pregnant 6minggu''..Syukur Alhamdulillah..Terima kasih Dear God atas rezeki yang telah engkau berikan kepada kami suami isteri.Ya Allah Ya Tuhanku peliharalah kandunganku..berikanlah anak kami kesihatan yang baik..jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah..Amin Amin Amin..

till end..babai!


Saturday, August 25, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum & hai olllss!

Saya Hermalene Nazela Binti Talib owner this blog nk wish Slmt Hari Raya Aidilfitri jek kt sume..Ɨƚi..Ɨƚi..Ɨƚi..Maaf Zahir & Batin tau..huhu dah raya ke_7 baru nk wish.bertuah!! kalau ade terkecik hti ke terumpat ke harap dimaafkan ye..korang!! Tahun ni ioolllss dapat raya dengan suami..yeayyy!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, August 10, 2012

Bebankah Menjadi Wanita Islam?

Assalamualaikum..hai olsss!!

Pagi jumaat ni nk share sikit ngn korang..
Bila dah baca rasa macam bukan susah sebenarnya untuk kiter kaum wanita untuk masuk syurga..
ape yang paling penting adalah nawaitu kiter..Renung-renungkan & selamat beramal ok!
pesanan untuk diri sendiri juga.



SUSAHKAH MENJADI WANITA ISLAM??



Ada kaum wanita berkata“susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :
1-Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2-Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3-Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.

4-Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

5-Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.

6-Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.

7-Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.

PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…?
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…maknanya..Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan berselerak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dengan perempuan jalanan..

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara
perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana pun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja : Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?Bagaimana?
Masih merasa tidak adil?masih tak nak jaga aurat??
Sedarilah insan istimewa yang bernama wanita..bahawa kelembutan bukan kelemahan,
bukan jua penghinaan dari Tuhan..bahkan sebagai hiasan kecantikan..
Allah Maha Adil..

till end..babai!

Monday, July 30, 2012

Doa Seorang Isteri

Assalamualaikum..hai olsss..


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat.
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas.
Kau berikanlah aku kekuatan mental.
Kau karuniakanlah aku dengan sifat keridhaan.
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista.
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cobaan Mu.
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arsh.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya.
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu.
Kurniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya.
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu.
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya.
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu.
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala keanekaragamnya.

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku arungi segala takdirMu.
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya.
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan.
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku.
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku.
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan.
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau ridhai.
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
 Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.
Aku buta tanpa bimbingan Mu.
Aku cacat tanpa hidayah MuAku hina tanpa Rahmat Mu.

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku.
Tabahkan aku menghadapi segala takdir dan cobaanMu.
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami.
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu.
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku mohon segala harapan.
Karena aku pasrah dengan takdirMu.
Karena aku sadar hinanya aku.
Karena aku insan lemah yang kerap keliru.
Karena aku lalai dengan keindahan duniaMu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi ujian Mu
Karena pendek akal ku mengarungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.
Isteri yang dikasihi.
Isteri yang solehah.
Isteri yang senantiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin..

p/s - Alhamdulillah hari ni 30/07/2012 genap sebulan kami sebagai suami isteri..rasa macam baru je lagi majlis.semoga ikatan kami kekal selamanya..titipkan lah kemesraan antara kami..hindari lah hatiku dari berpaling dari suamiku..Amin..

Friday, July 27, 2012

Malaysia vs Arsenal di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..hai ollss!!
Alhamdulillah hari ni dah masuk Ramadhan yang ke_7.
Masih sempurna ibadah puasa saya untuk hari yang ke_7..InsyaAllah.
Oh ye! ada sesiapa tengok perlawanan bola antara Malaysia vs Arsenal x?
saya pun xsure la live channel mana S E B A B saya pergi tengok kat stadium dengan suami.
(hehe dengan bangganya!) Ape yang xbangganye,kami dapat tiket free kot..tapi takde la kami dapt grand stand punya.yang biase je.tu pun dah syukur Alhamdulillah.
siapa la yang sangat la baik hatinya bagi kami tiket free tu kan?huhu its my BIL, Abang I..
tenkiu so much Abang I!! nanti nak lagi tau. Kami dapat 4 tiket..Lagi 2 tiket suami saya bagi kat adik dia laki bini. Rasanya dorang tak pegi kot.ye la adik ipar saya tu tengah sarat dah..
Ok! Jam 9.30 pm game start. Selesai je berbuka puasa,mandi,solat mghrib terus bersiap.
Suami saya dah bising2 dah..ye la biase perempuan ni bila bersiap ambik masa sikit.
sikit je pun..actually 1st time ni pegi tgk game bola kt Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tak sangka bila dah kawen ni ade lagi peluang mcm tu..
ape yg pnting??pegi dengan suami..












Semua gambar di atas adalah camwhoring semata..al maklumlah pegi berdua je.
.tu yang makin menjadi tu.hehe! Banyaknye la sit kosong kan?mana tak nya..
Orang negara kter ni ramai sangat yang sokong Arsenal..hmmm ape bole buat.
ape pn kami tetap sokong Malaysia tanah airku. Dari atas nampak macam semut je dorang merayap2 kat bawah tu..tapi suami saya tiap kali nak score je mesti dia sebut nama sekali.sampaikan saya tanya ''abang nampak ke sape yang nak score tu?''
dia cakap
''tengok nombor sayang''..
hehe! kalau aku tengok nombor pun lom tentu lagi tau sape.
sayangnye Malaysia tak menang..Kalah 2-1 dengan Arsenal..
Dah cantik dah dorang main tetapi bila dah tukar-tukar player,game dah jadi tak best..
tapi tak pe! korang memang dh buat yg terbaek dah.

till end..babai!










Sunday, July 22, 2012

30 Jun 2012..Yahuuuu!! Dapat Title PUAN..^.^

Assalamualaikum..hai uolsss!!

Syukur Alhamdulillah janji telah terikat untuk sehidup dan semati..
hari ni genap 3minggu dan 1hari kami bergelar suami isteri.
Perasaan?harus lah seronok..tidak tergambar perasaan sebak bila si suami melafazkan akad..
memang rasa lain sangat bila kami dah 'SAH'..1 hubungan yang menghalalkan antara kami..

Suami saya pelengkap saya..terima kasih abang..hug!!

Till end babai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone